Thursday, November 1, 2012

"Chao Phraya" one cheapest paper with one giant size brush...a personal challange.

Cabaran tugasan ini lebih kepada kemahiran penggunaan kertas lukisan biasa dan hanya satu berus bersaiz 24 sahaja.Penelitian terhadap perletakan warna amat dititik beratkan.Harus dirancang dimana warna tersebut mahu di letakkan.


Step 1 ) Setelah lakaran ringkas dibuat,sumber cahaya dikenal pasti, sapuan pertama dari Cobalt Blue diletakkan pada bahagian struktur bangunan yang membelakangi cahaya.Sapuan nipis Sap Green dan Ochre untuk daun pokok dan juga refleksi air.Cerulean blue diguna untuk pokok yang paling jauh.

Step 2) Setelah lapisan pertama kering,kerja yang lebih detail di buat.Campuran burnt sienna + blue ultramarie diguna untuk menghighlitekan lagi tona gelap pada struktur bangunan,struktur sampan.Campuran Cobalt blue dan Sap Green diguna untuk tone yang lebih gelap pada daun pokok dan juga shrub.


Step 3) Langkah terakhir adalah perletakan warna warna terang pada figure ,isi yang terdapat dalam sampan dan sebagainya.Akhir sekali turunkan tandatangan apabila tugasan ini telah selesai.

Cheers,
Abey

1 comment:

  1. Zoul, komen sikit painting dan teknik yang aku guna kat dalam blog ni.. http://www.samdaddycool.com/2012/10/for-sale-original-watercolor-painting.html

    ReplyDelete