Monday, October 29, 2012

Kitab Berharga :The Art of Achitectural Illustration 1 dan 2 keluaran 1993 dan 1998

 The Art of Achitectural Illustration 1 dan 2 keluaran 1993 dan 1998 merupakan keluaran Rockport Publishers yang membariskan illustrator-illustrator senibina hebat terutama dari AIA (American Illustrators Assc.) seperti otai Thomas W. Schaller dan Al Foster.Majoriti illustrator AIA begitu menggemari media watercolor .
 Buku ini merupakan spesis terakhir yang membariskan seni illustrasi manual sebelum kebanjiran buku2 illustrasi digital terutama dari China.Jadi boleh consider buku ni memang barang rare.



Karya Elizabeth Day

Karya Thomas W. Schaller

Karya Al Foster


Kuala Gula , watercolor step by step.


Hari ini secara rasminya saya menjadi Ahli Balai Seni Visual Negara

 Setelah 'ghaib'13 tahun dari arus senilukis negara,..Hari ini secara rasminya saya menjadi Ahli Balai Seni Visual Negara.Alang2 menyeluk pekasam,bak datam la ahli sepanjang hayat.Bayarannya rm100.Rasanya barbaloi la.Selain mendapat info terkini dari BSVN,ahli juga berpeluang mengikuti bengkel,ceramah dsb.
IAllah ini merupakan batu loncatan pertama saya sebelum bergiat aktif dalam dunia senilukis tanahair.
 
 "Seni itu Milik Tuhan"..Aris Aziz,,pergunakan ia kearah kebaikan

 Secara otomatisnya harga painting saya meningkat 15% ekoran mendaftar sebagai ahli sepanjang hayat BSVN ..kahkahkah.


Sunday, October 28, 2012

Kitab Watercolor terbaru

Kitab Watercolor terbaru saya dan pastinya sangat menepati citarasa sebagai watercolor artist dan juga architectural illustrator.Buku ini memberi penekanan kepada teknik dan trick dalam menguasai media watercolor dengan penuh yakin.Walaupun bersaiz kompak,buku ini tersimpan satu rahsia yang saya rasa sangat berharga.....p/s clue nya "tanah"..





Terima kasih En.Ikea kerna sudi menaja bingkai utk painting saya.

Kahkahkah!!..


Plein Air from My Anjung

Plein Air from My Anjung



My Plein Air after 13 years

Plein air pertama selepas 13 tahun ,dulu2 memang menjadi rutin sebagai student Architecture untuk membuat outdoor sketches.



Monday, October 15, 2012